Tuesday, August 25, 2009

Tempahan


Orangnya kecil molek. nak pakai untuk hari raya katanya. design nye belum ada. petang katanya nak datang pilih. so malam ni boleh la Nenda mula jahitkan.

Zassss...Dah Siap.






Alhamdulillah dah siap pun baju ni. so inilah hasilnya. jahit baju yang ini agak mencabar juga sebab baju ni kainnya dari jenis spandex iaitu bergetah.
Nenda memang suka jahit manik terutama kalau buat bunga dengan labuci. Tapi yg paling menjemukan ialah jahit tabur.

Sunday, August 23, 2009

RAMADAN AL-MUBARAK


Alhamdulillah Ramadan datang lagi. Nenda ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua beaders2.Sama2 kita mengerjakannya moga ibadah kita akan diberkati Allah SWT disamping menyiapkan baju2 customer dengan ikhlas. Insyaallah rezeki kita akan bertambah lagi. Nenda minta ampun dan maaf jika ada kesalahan Nenda pada semua. Hari ni anak Nenda bawak balik sehelai lagi baju teman sekerjanya untuk di make-over. Alhamdulillah syukur, rezeki...

Tuesday, August 18, 2009

Hampir nak siap


Baju ni dah hampir 40% siap. Wati tuanpunya baju ni nx dijahit manik tabur di sekeliling bunga biar nampak meriah tapi jangan banyak sangat warna katanya. Nenda akan cuba siapkan minggu ni jugak sebab baju customer lain dah menunggu...

Sunday, August 16, 2009

On Going



Sakit kepala Nenda. Kerja kat ofis banyak. Dah la tu baju yg customer anta pun boleh tahan. Selalu tu waktu lunch time boleh jugak susup2 manik .

Yang ini salah satu baju customer yang sedang di make-over. Nnt kalau dah siap Nenda up-loadkan ok.

Wednesday, August 12, 2009

Tempahan Untuk Hari Raya !!!!


Tempahan dah mula datang, but don't worry kalau ada yg nx hantar Nenda masih terima lagi. Anything sebelum nx anta tu call Nenda 013-9311903 dulu ya.. Jadi boleh Nenda e-mail kan proposal serta contoh & design sulaman utk dipilh .

Saturday, August 08, 2009

Jumaat n Sabtu cuti. Jadi Nenda bertekad nx sudahkan baju yg dlm pembikinan spt yg Nenda nyatakan sebelum ni. Hanya tinggal hujung tangan aje lagi yg belum siap. Nenda nak jahitkan bunga daisy yg kecil kt tangan tapi bila cari-cari labuci dlm stok kt umah xde lah pulak! Lalu malamnye gi kt kedai nak cari. Cari punya cari warna yg Nenda nak tx ada. So terpaksalah tangguh dulu. Ari ni lah kalau sempat nx pergi cari kat kedai yang biasa pergi beli labuci n manik.

Sunday, August 02, 2009

Masih dalam pembikinan

Di sekeliling bunga daisy ni Nenda jahitkan kelilingnya dengan manik bulat dan panjang berbentuk hexagon.


Setiap bunga di cantumkan dengan jalinan manik untuk menjadi sebatang pokok yang berjalar.










Ini pulak baju Nenda jugak. Kain kosong berbunga. Mula tu ingat nx jahit manik kat dalam bunga nye aje. Tapi rasa tak cantik lah pulak lalu dapat idea. Why not buat bunga yang lebih kurang menjalar dari tengah dada ke bahu. So Nenda jenguk-jenguklah kat blog beaders2 yg lain untuk dijadikan contoh. Sorry ye!

Tudung




Yang ni tudung jiran kat rumah. Minta di jahitkan manik. Kosong aje katanya. Sekurang-kurangnye kalau di jahitkan manik nampak lah glamor sikit. Jadi Nenda jahitkan pattern yg simple tapi masih jugak nampak menarik.

Tempahan lagi




Pelanggan yg ini pulak cuma nak di jahitkan manik pada leher aje. Jadi Nenda jahitkan corak seperti rantai salah satu dari masyarakat di Sarawak. Ini akan membuatkan orang akan tertumpu memandang pada leher bajunye.

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem