Sunday, January 31, 2010

Bulat nye mata...




2 minggu lepas Nenda balik ke Kuantan. Em..terubat rasa hati dapat jumpa ngan cucu2 kesayangan. Cucu Nenda yang bongsu dah pun pandai meniarap.

Tengok la tu sampai demam hah sebab baru dpt meniarap. Bukan main bulat lg mata dia kalau nampak kamera. Tengah relax atas riba Atuk sambil posing depan kamera..
Geramnye.....

Latest projek




hai..kengkawan, assalamualaikum...lama Nenda x update blog. sebenarnye kadang2 kita ni ada jugak masa malas nx menulis.

Di tahun baru 2010 ni, kerja kat pejabat memang kurang boleh dikatakan dlm 1 minggu tu ada la 1...2 surat aje utk diambil tindakan. kami di jabatan teknikal ni kalau ada projek baru la sibuk. kalau x 24 jam menghadap komputer (serve internet) utk menghilangkan boring.

Skrg ni ada la 2 n 3 helai baju simpanan yg sedang dan menunggu utk dijahit. ari ni Nenda tunjukkan 1 dulu yg telah siap. Nenda snap masa kebetulan jumpa ngan tuan empunya baju he.he.

Tuesday, January 12, 2010

PERMATA HATI KELUARGA NENDA





Yang comel-comel ni adalah cucu-cucu Nenda. Merekalah penghibur kami sekeluarga.

Yang kecil ni ialah QHASIF NUR HAZIQAH bt MOHD NIZUL HISHAM
(umi nye anak kedua Nenda)
yang ni aktiviti dia apa lagi, merengek dan menangis nak kan susu lah.

Yang besar 2 orang ni namanye NUR BATRISYA QISTINA dan NUR BALQIS QASDINA bt BAHARUDDIN
(mama nye anak sulung Nenda).

Macam2 kerenah dan ragam mereka, ada yang bergaya macam Cinderella dan ada yg bergaya macam model.

Mereka ni kalau 2 hari kami x dengar suara ataupun jumpa, rindu rasanya....
Dan bila dah jumpa...emmmm tau-tau aje la mcm2 permintaannya. Lebih2 lagi dengan Atuk dia, manja nye bukan main..

Tapi memang betul kata orang , bila kita dah ada cucu, sayang nye lain.....
Dulu masa xde memang kita kata tidak, bila dah ada, baru tau !

PEMANDU MUDA.



Yang ini anak dara Nenda yang no. 4. Belajar kat POLIMAS Jitra, Kedah.
Lepas Spm dia terus belajar memandu kereta.

Bila cuti , senang kalau dia nak kemana-mana x perlu lagi Nenda hantar. Dia memandu sendiri aje..

Monday, January 04, 2010

Sssssss.....tunggu !


Jubah hijau ni diserikan oleh sulaman kerawang. So untuk menambahkan lagi serinya, tuanpunya baju minta Nenda highlightkan lagi supaya nampak grand.

Jadi bila dok kat bawah cahaya lampu ianya akan em...cantikkkkk

Saturday, January 02, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN.


Hari ni sekolah dah mula dibuka kt Kedah.

Anak bongsu Nenda berpindah balik dari Pahang ke Alor Setar pada pertengahan tahun 2009.

So tahun ni, dia naik darjah 6. Kat sekolah baru dia telah di lantik menjadi pengawas sekolah.


Hari ni pukul 6 dia dah bangun, excited sangat nak pakai baju baru (pengawas) yg lengkap ngan tali leher.


Tengok la tu bukan main bergaya lagi, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanye baru...

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem