Sunday, October 25, 2009

I'm Back

Lama Nenda x ngomel. Seminggu Nenda x usik projek yg ada sebab terpaksa pergi kursus bagi menghadapi peperiksaan PTK jabatan. Bila dah selesai lega rasanye. Hanya tunggu results la pulak. Harap dapat 4. So ni baru nx start balik projek yg sediada. Jadi sabarla tunggu Nenda up-loadkan yg terbaru ok.

Wednesday, October 14, 2009

Projek Terbaru





Yang ni baju (officemate) Nenda Wan yg ke 4. dia ni suka benor baju kosong n kalau jahit manik dia suka bunga yg halus2. Design baju ni dia sendiri yg pilih , cuma gabungan warnanye aje yg idea Nenda . Nenda suka ngan corak ni yang melata ketepi dan keatas dihiasi pula dengan rerambut bunga dari rice-bead. Harap2 semua baju yg Nenda jahitkan utk dia dan ibunya memenuhi kehendak dan citarasa mereka.

Ribuan terima kasih juga Nenda ucapkan pada Wan dan ibunya serta customer2 Nenda yang lain di atas sokongan mereka pada Nenda..

Begitu juga pada teman2 sekerja yang lain. Thank you, i love u all.

Buat pengunjung2 dan followers blog Nenda, ribuan terima kasih juga di ucapkan kerana sudi mengunjungi blog ini.

Nenda mengalu-alukan kepada yg berminat nak tempah untuk dijahitkan manik pada baju mereka.

Untuk Tempahan dan pertanyaan : Nenda - 013-9311903 atau e-mail: nor_rahani@yahoo.com

Thursday, October 08, 2009

Barangan berharga ku


Ini adalah sebahagian dari peralatan jahitan Nenda.

Tempahan hari raya lagi



Ini ada beberapa lagi tempahan hari raya ari tu yang telah Nenda siapkan

Monday, October 05, 2009

Tempahan hari raya






Alhamdulillah, tempahan utk hari raya tak menang tangan juga Nenda. kat sini Nenda up-loadkan beberapa projek yg tengah n dah siap jahit.
Baju ni kepunyaan officemate Nenda - Wan , kecil molek orangnya. Dia hantar bajunya saja 4 helai manakala 1 helai kepunyaan ibunya.Baju leher cekak musang dijahit lingkaran pada leher dan culf tangan.Jahitan tabur pada lengan manakala manjalara yang menjalar keatas di bahagian hadapan baju.

Saturday, October 03, 2009

Raya bersama keluarga n cucu-cucu tersayang





Hari Raya Aidilfitri sentiasa di tunggu2 oleh seluruh umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Selain bermaaf-maafan dan menjamu selera, apa lagi posing la jawabnye.. Sebahagian foto2 keluarga Nenda semasa hari nray bergambar ngan seluruh keluarga dan cucu-cucu Nenda yang tersayang bersama ngan Atuk. Mereka lah buah hati dan penghibur kami. Kalau tak jumpa dapat dengar suara pun dah terubat rindu kami.

Qasif Nur Haziqah


Nenda bersama suami yang tercinta dan cucu Nenda yang ketiga berusia 1 bulan. Namanya Qasif Nur Haziqah bt. Mohd Nizul Hisham

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem