Tuesday, December 29, 2009

JURAIAN AIRMATA BERMUTIARA





Hari ni Nenda pakai baju kenduri ari tu ke ofis. Apalagi kawan2 sibuk membelek baju Nenda. x habis2 memuji, cantik kata mereka..

Ini adalah close-up untuk baju Nenda tu.
Nenda jahit kan design air-mata yang berjuraian seperti corak baju tu jugak.

Kat bahagian dalam nye Nenda perindahkan ngan mutiara yang dibentukkan corak bunga daisy.

Yang kat lengan n cuff baju pulak Nenda buat corak seperti alunan ombak yg dihiasi ngan mutiara yg kecil sikit, biar sesuai ngan saiz cuff tu.

Anak Nenda yg sulung dah mula bising, bila mama nx jahitkan utk dia pulak. dia pun nak merelip jugak, katanye..

Hujung tahun banyak dinner, ape lagi dia nak menunjuk kat kawan2 dia ngan hubby nye la tu...mmmm

MASA MAJLIS KAHWIN ANAKANDA NENDA KT MUAR, JOHOR.




Hai, lama jugak Nenda x up-date blog sekarang baru berkesempatan. Bukannye ape, bahan yg nx di letakkan dlm blog ni baru aje siap di edit. Jadi seperti yg dijanjikan baru ari ni boleh buat.

Hari ke 3 lepas Hari raya Haji Nenda adakan kenduri kahwin anak Nenda yg ke 3 tu kat rumah Nenda di Kuantan Pahang.

Kami anak beranak semua pakai baju serupa. Hanya baju Nenda dan baju pengantin masa nyambut menantu kat Muar, Johor aje yg sempat Nenda jahit manik, yg lain tu tak sempat.

Tudung kahwin tu anak Nenda jahit sendiri. Nak cuba katanye, pakai hasil jahitannya sendiri.

Ape2 pun jom sama2 kita layan tengok gambar2 masa majlis tu...ok.

Monday, December 14, 2009

Aktiviti lepas Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..hai dah lama Nenda x up-date blog, lepas raya Nenda sibuk sikit ngan urusan perkahwinan anak Nenda yg ke 3.
Ianya berlangsung pd hari ke 3 Hari Raya Aidil Adha.

Tempahan jahitan pulak terpaksa di tangguhkan dulu.

Penat nya sampai hari ni x habis lagi.
Nanti bila gambar2 perkahwinan anak Nenda tu siap, akan Nenda up-loadkan untuk tatapan kita bersama , ok.

Lagi pun minggu ni jugak, auditer datang ke ofis Nenda untuk buat auditan.

So next week pada pelanggan2 Nenda yg nx hantar baju tu, boleh la !

Oh ya..nanti Nenda paparkan baju yang Nenda sulam manik untuk majlis kenduri anak Nenda ari tu ye..

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem