Monday, December 20, 2010


Ya...Allah, dah 2 tahun suami bertukar balik ke Kuantan tapi Nenda masih lagi surended kat Kedah. Bila la agaknye dapat balik , rindu pada keluarga disana...

BARU SIAP




ini adalah baju dari my regular customer iaitu dari Datin Lily dan customer dari Hospital Muar Johor.

Yang ini adalah baju kurung pahang dari kain tenun pahang, menjahitnya tidak lah rumit dan dengan paten yg simple.

Baju yang merah ni pulak dari jenis kain kasa. Nipis dan lembut. Beliau nak di highlightkan bunga di badan and jahitan yang simple pada lengan. so ini lah hasinya. layannnn

Wednesday, December 01, 2010

Tempahan lagi



Tempahan lagi dari Butik Lien untuk customer yang nak menghadiri majlis perkahwinan waktu musim cuti sekolah ni..

Alhamdulillah....rezeki lagi..

Tuesday, November 30, 2010

Tempahan untuk Butik Lien



agak mencabar, kain dari jenis 'chiffon'. baju ni dihantar oleh Butik Lien untuk pelanggannya. nak di jahitkan manik berbentuk 'Ying n Yang ' di dada.

setelah siap Nenda bawak kat ofis utk tatapan kengkawan. Tengok tu bukan main suka lagi ofismate Nenda jadi model sambilan..

Sunday, November 28, 2010

KOLEKSI SENTUHAN NENDA



Ini adalah salah satu dari baju yg di hantar oleh Butik Maju yg ditempah oleh customernye. kain kosong warna coklat gelap. jadi Nenda applykan mawar kuning yg mekar bagi menimbulkan rupanya..alhamdulillah, tuanpunyanye suka sangat.

Ini pulak adalah baju kedua Pn. Wati dari Jitra, merahnye mak ngah...hehe
Nenda jahitkan manik warna silver dan gold. Diserikan lagi dengan batu kristal warna merah sbb kainnya berbunga putih - ala bunga-bunga liar gitu.

Wednesday, November 24, 2010

TEMPAHAN AIDIL ADHA




Ini adalah baju2 dari customer Nenda yang bekerja di Hospital Pakar Muar. Nenda aplikasikan manik-manik pada baju tu mengikut bunga dan warnanya. Batik ni dari jenis kain sutera crepe - biasala kain ni liat sikit, kalau jarum dah pakai 2 atau 3x susah sikit.

Yang biru gelap ni pulak dari kain jenis chiffon - juga rumit masa nak jahit. Baju ni pulak rosak terkena seterika panas, jadi perlu dibaikpulih. So Nenda jahitkan bunga "Daisy' di atas kerosakan tu sama seperti bunga sediada.

Alhamdulillah, 95% dari kecacatan tu dapat di sorokkan dan tuanpunya baju pun happy sangat sebab baju tu baru lagi di beli dari butik.

Tuesday, October 26, 2010

HIGHLIGHT BATIK




alhamdulillah, dah siap pun highlight baju batik yatt . hampir 2 minggu baru dapat disiapkan, Nenda sibuk sangat masa dia hantar baju ni. mana sibuk ngan hari keluarga pejabat lepas tu pergi KL lak untuk lawatan berpandu ke Pusat Kraftangan Jln Conlay sempena Pameran Kraf Textile...best !

cantik2 textiles dan corak2 terbaru yang di pamerkan. yang tak cantiknye...duit aje !

Sunday, September 19, 2010

NENDA HOMESTAY




Sekarang ni dah separuh bulan September, bermakna dah nak sampai ke penghujung tahun 2010. Bermakna ramai yang dah mencongak-congak perkara yang nak dilakukan hujung tahun ni terutama musim cuti sekolah . Ada yang nak bertunang, ada yang nak berkahwin dan tak kurang jugak yang nak bercuti membawa anak-anak melancung.

Jadi kalau nak ke Pantai Timur ataupun Ke KUANTAN, PAHANG - NENDA HOMESTAY SENTIASA MENUNGGU ANDA.

SEBUAH PENGINAPAN YANG BERSIH DAN SELESA UNTUK SEISI KELUARGA.

BERHAMPIRAN KAWASAN PERANGINAN TEPI PANTAI - PUSAT PERANGINAN PANTAI BALOK DAN CHERATING.

SPECIAL DISKAUN UNTUK PENGINAPAN MELEBIHI 2 MALAM !!

SILA BUAT TEMPAHAN AWAL !!

CENDERAHATI DISEDIAKN

BERMINAT, HUBUNGI NENDA DI: 013- 931 1903 begin_of_the_skype_highlighting              013- 931 1903      end_of_the_skype_highlighting ATAU
DARAMAN : 019- 474 8436

ANDA JUGA BOLEH LAYARI BLOG DI-

http://nendahomestay.blogspot.com

KEDATANGAN ANDA SENTIASA DI ALU-ALUKAN, KEPULANGAN ANDA AKAN MEMBAWA KENANGAN YANG TAK AKAN DILUPAKAN !

******************

Wednesday, September 01, 2010

KOLEKSI RAYA 2010 - Part 2



INI JUGA SALAH SATU TEMPAHAN DARI PELANGGAN NENDA YANG TELAH SIAP UNTUK DI PAKAI DI HARI RAYA NANTI...

Wednesday, August 25, 2010

KOLEKSI RAYA 2010 - Part 1





Puasa dah pun menjangkau hari ke 16. Cepat sungguh masa berlalu dan tempahan pun mulai datang untuk di pakai di hari raya nanti.

Ini adalah sebahagian dulu tempahan yang sempat Nenda uploadkan.

So layan dulu ye...

Monday, July 05, 2010

Bersama yang tersayang...






Cuti sekolah dah sebulan berlalu.

Mak Su sibuk dengan aktiviti sekolah, lebih2 lagi bulan Sept ni dia akan menduduki peperiksaan UPSR.

Jadi tak dapatlah nak balik ke Kuantan, so terpaksa lah hubby pulak yang balik ke sini (Alor Setar)

Kebetulan Mak Teh (anak ke4) Nenda yang belajar di POLIMAS Jitra juga ada balik bercuti hujung minggu.

So kami semua tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan bersiar-siar sambil menikmati keindahan malam di sekitar Bandaraya Alor Setar .

Apabila penat apa lagi, jalan-jalan cari makan la !

Ini adalah sebahagian makanan yang kami gemari iaitu Laksa Hadnyai dan Ayam panggang Kenny Rogers...

Tuesday, June 29, 2010

MASIH DI BUKA !

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA!!

TEMPAHAN JAHIT MANIK UNTUK HARI RAYA INI MASIH LAGI DI BUKA.

SILA HUBUNGI NENDA DI: 013-931 1903

UNTUK TEMPAHAN.

Saturday, June 26, 2010

MY NEW PROJECT !





Baju ni sebenarnya dh lama, kosong dan berwarna kelabu.

So Nenda applykan pattern Manjalara di bahagian depan dan di kedua-dua lengan baju.

Gabungan 2 warna iaitu putih silver ngan hitam .

Tuesday, June 22, 2010

CUTI SEKOLAH






Cuti sekolah hari tu Nenda n anak2 bercuti ke MUAR lagi.

Waktu sarapan pagi kami ke restoran di bandar Muar, menikmati keenakan satay dan mee bandung. Emmmm...sedap !

Lepas sarapan kami pergi jalan2 kat Pantai Lika.
P tengok burung botak mcm yang ditayangkan dlm Majalah 3 tu.

Yang bestnye kat pantai tu ada taman permainan kanak2 dan menara tinjau. Ada bermacam2 jenis permainan seperti alat2 senaman.

Kalau rajin x payah pergi gim, kat situ aje dah cukup.
Tengok la tu anak2 Nenda beraksi ngan permainan2 kt situ.

Disebelah malamnya pulak kami p makan murtabak singapore.
ok la jugak sedapnya, cumanya ia dimakan dgn acar timun manakala kami di pantai timur makan murtabak ngan acar bawang.

so lain la sikit enviroment nye tu. hehe...

Wednesday, June 09, 2010

TERSILAP TEKAN DA.....

Salam..lama Nenda x update blog.
Utk kengkawan yg link blog Nenda kat blog mereka, Nenda mintak maaf BANYAK2 sebab Nenda terDELETE ruangan Yang Selalu Ku Intai.

Sekarang ni Nenda tgh up loadkan balik blog2 kengkawan tu..

i'm very2 sori...

Wednesday, May 26, 2010

ME...AT 50th !!


Ramai kawan-kawan kata Nenda semakin bergaya.

emmmmmmmmm Nenda rasa biasa aje..

Nenda Homestay


Cuti sekolah tak lama lagi iaitu pertengahan bulan JUN .

Untuk makluman semua NENDA HOMESTAY masih available...

(Certain date lah...)

Kalau nak boleh call Nenda untuk keterangan dan tempahan.

NENDA : 013-931 1903 (anytime / 24 hours)


*******************************************

Thursday, April 29, 2010

Come Back...



salam...mm lama rasanya Nenda tak update blog. kadang tu bukan apa bila sibuk terlupa. bila ingat waktu dah petang sibuk la nak balik pulak haha..

alhamdulillah sehingga kini kelas aerobik masih tak miss lagi. ada perubahan ( dah turun sekilo)

haha..sekilo aje????????..

anyhow, Nenda baru aje siapkan sehelai baju customer but hanya kat hujung tangan aje.
Simple design sebab customer ni x suka yg heavy2 n besar2.

so, apapun layan aje la yee

Sunday, April 18, 2010

AKTIVITI RIADAH


Di samping bekerja dan melayan minat menjahit manik. Nenda tak lupa untuk menjaga kesihatan. Bukan apa, kalau badan tak sihat macamana nak menjahit manik kan?
Setiap minggu Nenda akan mengikuti kelas aerobic sebanyak 2 x seminggu iaitu pada hari Ahad dan Khamis lepas waktu pejabat.

Ini gambar Nenda (track-sut warna merah) berposing bersama guru aerobic dan kawan2 Nenda petang semalam.

Saturday, April 10, 2010

LATEST PROJEK



Minggu ni 2 org cucu ( 4 thn sorang, 6 thn sorang)dtg tinggal ngan Nenda sbb mamanya gi kursus kat INTAN (belajar bahasa Jepun lanjutan). tp dlm kesibukan melyan kerenah mereka sempat la juga Nenda siapkan 2 helai baju customer ni(seorang doktor). Corak yg simple sbb dia x suka yg heavy2 - mungkin payah agaknya bila time nak melayan pesakit. walaupun mcm tu ada lg baju yg tgh menunggu...utk disiapkan.

Sunday, April 04, 2010

ONE OF THE MODEL OF THE YEAR 2010


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




MY LOVELY AND SWEETIES DAUGHTER

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem