Thursday, September 24, 2009

Terlupa la pulak...

Alahai punya la sibuk menyulamkan baju orang baju sendiri tak bermanik. Nenda ada juga jahitkan dua pasang baju anak kawan yg berumur bawah 10 tahun tapi lupa la pulak nak snap gambar. Nanti lepas raya nenda suruhkan kawan Nenda tolong snapkan jadi bolehla Nenda downloadkan dlm blogger buat tatapan kengkawan ya..




Ha, ini yang pertama pelanggan Nenda yang mahu bajunya di jahit manik kat atas pada pinggang. kalau jahit kat leher tak nampak katanya sebab dia pakai tudung. Jadi Nenda jahitkannya berbentuk 1/4 segi dikiri kanan dada. Bunga melor pecah empat di kelilingi ulat gonggok dan diletak juntaian mutiara bagi menggantikan rantai leher.




Ini baju kak peah, asisstant steno pengarah Nenda. Dia nak yang simple je. So Nenda buatkan sekuntum bunga dahlia, ditaburkan ditepinya berbentuk pyramid dihujung lengan dan di kaki baju. Disebabkan bajunye gelap jadi Nenda taburkan ngan manik warna hitam.Baru separuh dijahitkan manik dia nak hantar satu lagi baju tapi Nenda tolak sebab takut tak sempat kalau nak pakai lepas raya boleh lah.

Wednesday, September 23, 2009






Dah siap pun baju kawan syikin ni. Nenda sulamkan baju ni dengan corak pokok yang menjalar. Design ni dia yang pilih sendiri. Disamping tu Nenda tambahkan labuci warna pink bagi menaikkan warna bajunya sebab baju ni nampak kusam disebabkan warna baju tu warna hijau dan purple. Yang kat tangan pulak Nenda aturkan 3 kuntum bunga dahlia di tengah2 lengan.Tapi yang sedihnya punyalah Nenda bersengkang mata dalam bulan puasa untuk menyiapkan baju ni tup,tup dia tak bayar upah, katanya dia tak berkenan. Ya Allah dah la terawih banyak yang miss kerana nak menyiapkan bajunya deposit tak ambik pulak tu. Tapi tak apa berkat bulan puasa adalah balasan yang Allah akan berikan padanya nanti. Amin......

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem