Tuesday, November 15, 2011

DAH BERSAWANG...





hmmmm.....lama sungguh Nenda tak sentuh blog, nak kata sibuk xde la sangat.
kadang tu malasnye aje yg banyak....

hari ni Nenda nak upload beberapa projek Aidil Adha yg lepas...baju teman2.

zusssss....jom ...

Monday, August 08, 2011

REZEKI AIDILFITRI






Assalamualaikum...lama Nenda tak up-date blog ni...entah2 dah bersawang. Lama tak berceloteh dan berkongsi cerita . Alhamdulillah...lega rasa dah pun siap tempahan dari pelanggan tetap Nenda dari Kedah iaitu Untie Lien. InyaAllah hari ni nak poskan.

Apa orang kata rezeki ramadan dan syawal. Apa2 pun kita layan tengok ..kalau kengkawan nak komen ataupun memberi cadangan untuk penambahbaikan, Nenda alu-alukan. sila komen dalam chat-box ye....

Wednesday, March 16, 2011

Tempahan sekeluarga




Menjelang cuti sekolah banyak majlis perkahwinan di adakan. So ini adalah waktu yang sibuk bagi beaders menyiapkan tempahan dari pelanggan yang nak pakai baju baru untuk menghadiri majlis perkahwinan termasuk juga lah NENDA .

Ini adalah baju2 dari teman sepejabat dan anak2nya yang akan di pakai semasa majlis perkahwinan anak gadis keduanya. Warna yang sedondon tapi berlainan design.

Warna2 yang ceria yang melambangkan kegembiraan.

Saturday, February 12, 2011

Kini Kembali!!!





emmm....sekian lama senyap selepas muncul di awal 2011 kini kembali, bukannya apa tak berkesempatan. Lagipun sibuk ngan tempahan yang customer hantar.

Alhamdulillah la tahun 2011 ni, projek sentiasa ada. Tak menang tangan dibuatnya walaupun hanya jahit design yang simple2 aje.

Hasrat hati nak jugak jahit untuk baju sendiri tapi tak berpeluang lagi. Jawabnya pakai la baju yang tak bermanik. Kekadang tu teman2 selalu jugak mengusik, ai...asyik jahit baju orang aje baju dia sendiri tak bermanik...hehehe...

Tak ape la Nenda tak dapat berbangga memakai baju bermanik tapi Nenda berbangga dapat melihat orang lain memakai baju yang Nenda jahitkan. Kali ni Nenda uploadkan beberapa lagi baju yg baru disiapkan. Layannnnye...

Wednesday, January 19, 2011

PROJEK 2011





Pada tahun 2011, Nenda telah pun dapat menyiapkan beberapa helai baju yagn di hantar oleh pelanggan untuk dimanikkan.

Ini adalah sebahagian nya dulu ye....

bukannya apa...ini pun curi2 masa yang terluang....
kalau tak asyik mengadap baju aje...dari awal tahun hari tu tak menang tangan dibuatnya.
sentiasa ada baju orang hantar, walaupun hanya nak di jahitkan di hujung tangan aje...

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem