Wednesday, March 16, 2011

Tempahan sekeluarga




Menjelang cuti sekolah banyak majlis perkahwinan di adakan. So ini adalah waktu yang sibuk bagi beaders menyiapkan tempahan dari pelanggan yang nak pakai baju baru untuk menghadiri majlis perkahwinan termasuk juga lah NENDA .

Ini adalah baju2 dari teman sepejabat dan anak2nya yang akan di pakai semasa majlis perkahwinan anak gadis keduanya. Warna yang sedondon tapi berlainan design.

Warna2 yang ceria yang melambangkan kegembiraan.

Saturday, February 12, 2011

Kini Kembali!!!





emmm....sekian lama senyap selepas muncul di awal 2011 kini kembali, bukannya apa tak berkesempatan. Lagipun sibuk ngan tempahan yang customer hantar.

Alhamdulillah la tahun 2011 ni, projek sentiasa ada. Tak menang tangan dibuatnya walaupun hanya jahit design yang simple2 aje.

Hasrat hati nak jugak jahit untuk baju sendiri tapi tak berpeluang lagi. Jawabnya pakai la baju yang tak bermanik. Kekadang tu teman2 selalu jugak mengusik, ai...asyik jahit baju orang aje baju dia sendiri tak bermanik...hehehe...

Tak ape la Nenda tak dapat berbangga memakai baju bermanik tapi Nenda berbangga dapat melihat orang lain memakai baju yang Nenda jahitkan. Kali ni Nenda uploadkan beberapa lagi baju yg baru disiapkan. Layannnnye...

Wednesday, January 19, 2011

PROJEK 2011





Pada tahun 2011, Nenda telah pun dapat menyiapkan beberapa helai baju yagn di hantar oleh pelanggan untuk dimanikkan.

Ini adalah sebahagian nya dulu ye....

bukannya apa...ini pun curi2 masa yang terluang....
kalau tak asyik mengadap baju aje...dari awal tahun hari tu tak menang tangan dibuatnya.
sentiasa ada baju orang hantar, walaupun hanya nak di jahitkan di hujung tangan aje...

Monday, December 20, 2010


Ya...Allah, dah 2 tahun suami bertukar balik ke Kuantan tapi Nenda masih lagi surended kat Kedah. Bila la agaknye dapat balik , rindu pada keluarga disana...

BARU SIAP




ini adalah baju dari my regular customer iaitu dari Datin Lily dan customer dari Hospital Muar Johor.

Yang ini adalah baju kurung pahang dari kain tenun pahang, menjahitnya tidak lah rumit dan dengan paten yg simple.

Baju yang merah ni pulak dari jenis kain kasa. Nipis dan lembut. Beliau nak di highlightkan bunga di badan and jahitan yang simple pada lengan. so ini lah hasinya. layannnn

Wednesday, December 01, 2010

Tempahan lagi



Tempahan lagi dari Butik Lien untuk customer yang nak menghadiri majlis perkahwinan waktu musim cuti sekolah ni..

Alhamdulillah....rezeki lagi..

Tuesday, November 30, 2010

Tempahan untuk Butik Lien



agak mencabar, kain dari jenis 'chiffon'. baju ni dihantar oleh Butik Lien untuk pelanggannya. nak di jahitkan manik berbentuk 'Ying n Yang ' di dada.

setelah siap Nenda bawak kat ofis utk tatapan kengkawan. Tengok tu bukan main suka lagi ofismate Nenda jadi model sambilan..

Sunday, November 28, 2010

KOLEKSI SENTUHAN NENDA



Ini adalah salah satu dari baju yg di hantar oleh Butik Maju yg ditempah oleh customernye. kain kosong warna coklat gelap. jadi Nenda applykan mawar kuning yg mekar bagi menimbulkan rupanya..alhamdulillah, tuanpunyanye suka sangat.

Ini pulak adalah baju kedua Pn. Wati dari Jitra, merahnye mak ngah...hehe
Nenda jahitkan manik warna silver dan gold. Diserikan lagi dengan batu kristal warna merah sbb kainnya berbunga putih - ala bunga-bunga liar gitu.

Wednesday, November 24, 2010

TEMPAHAN AIDIL ADHA




Ini adalah baju2 dari customer Nenda yang bekerja di Hospital Pakar Muar. Nenda aplikasikan manik-manik pada baju tu mengikut bunga dan warnanya. Batik ni dari jenis kain sutera crepe - biasala kain ni liat sikit, kalau jarum dah pakai 2 atau 3x susah sikit.

Yang biru gelap ni pulak dari kain jenis chiffon - juga rumit masa nak jahit. Baju ni pulak rosak terkena seterika panas, jadi perlu dibaikpulih. So Nenda jahitkan bunga "Daisy' di atas kerosakan tu sama seperti bunga sediada.

Alhamdulillah, 95% dari kecacatan tu dapat di sorokkan dan tuanpunya baju pun happy sangat sebab baju tu baru lagi di beli dari butik.

Tuesday, October 26, 2010

HIGHLIGHT BATIK




alhamdulillah, dah siap pun highlight baju batik yatt . hampir 2 minggu baru dapat disiapkan, Nenda sibuk sangat masa dia hantar baju ni. mana sibuk ngan hari keluarga pejabat lepas tu pergi KL lak untuk lawatan berpandu ke Pusat Kraftangan Jln Conlay sempena Pameran Kraf Textile...best !

cantik2 textiles dan corak2 terbaru yang di pamerkan. yang tak cantiknye...duit aje !

Sunday, September 19, 2010

NENDA HOMESTAY




Sekarang ni dah separuh bulan September, bermakna dah nak sampai ke penghujung tahun 2010. Bermakna ramai yang dah mencongak-congak perkara yang nak dilakukan hujung tahun ni terutama musim cuti sekolah . Ada yang nak bertunang, ada yang nak berkahwin dan tak kurang jugak yang nak bercuti membawa anak-anak melancung.

Jadi kalau nak ke Pantai Timur ataupun Ke KUANTAN, PAHANG - NENDA HOMESTAY SENTIASA MENUNGGU ANDA.

SEBUAH PENGINAPAN YANG BERSIH DAN SELESA UNTUK SEISI KELUARGA.

BERHAMPIRAN KAWASAN PERANGINAN TEPI PANTAI - PUSAT PERANGINAN PANTAI BALOK DAN CHERATING.

SPECIAL DISKAUN UNTUK PENGINAPAN MELEBIHI 2 MALAM !!

SILA BUAT TEMPAHAN AWAL !!

CENDERAHATI DISEDIAKN

BERMINAT, HUBUNGI NENDA DI: 013- 931 1903 begin_of_the_skype_highlighting              013- 931 1903      end_of_the_skype_highlighting ATAU
DARAMAN : 019- 474 8436

ANDA JUGA BOLEH LAYARI BLOG DI-

http://nendahomestay.blogspot.com

KEDATANGAN ANDA SENTIASA DI ALU-ALUKAN, KEPULANGAN ANDA AKAN MEMBAWA KENANGAN YANG TAK AKAN DILUPAKAN !

******************

Wednesday, September 01, 2010

KOLEKSI RAYA 2010 - Part 2



INI JUGA SALAH SATU TEMPAHAN DARI PELANGGAN NENDA YANG TELAH SIAP UNTUK DI PAKAI DI HARI RAYA NANTI...

Wednesday, August 25, 2010

KOLEKSI RAYA 2010 - Part 1





Puasa dah pun menjangkau hari ke 16. Cepat sungguh masa berlalu dan tempahan pun mulai datang untuk di pakai di hari raya nanti.

Ini adalah sebahagian dulu tempahan yang sempat Nenda uploadkan.

So layan dulu ye...

Monday, July 05, 2010

Bersama yang tersayang...






Cuti sekolah dah sebulan berlalu.

Mak Su sibuk dengan aktiviti sekolah, lebih2 lagi bulan Sept ni dia akan menduduki peperiksaan UPSR.

Jadi tak dapatlah nak balik ke Kuantan, so terpaksa lah hubby pulak yang balik ke sini (Alor Setar)

Kebetulan Mak Teh (anak ke4) Nenda yang belajar di POLIMAS Jitra juga ada balik bercuti hujung minggu.

So kami semua tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan bersiar-siar sambil menikmati keindahan malam di sekitar Bandaraya Alor Setar .

Apabila penat apa lagi, jalan-jalan cari makan la !

Ini adalah sebahagian makanan yang kami gemari iaitu Laksa Hadnyai dan Ayam panggang Kenny Rogers...

Tuesday, June 29, 2010

MASIH DI BUKA !

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA!!

TEMPAHAN JAHIT MANIK UNTUK HARI RAYA INI MASIH LAGI DI BUKA.

SILA HUBUNGI NENDA DI: 013-931 1903

UNTUK TEMPAHAN.

Saturday, June 26, 2010

MY NEW PROJECT !





Baju ni sebenarnya dh lama, kosong dan berwarna kelabu.

So Nenda applykan pattern Manjalara di bahagian depan dan di kedua-dua lengan baju.

Gabungan 2 warna iaitu putih silver ngan hitam .

Tuesday, June 22, 2010

CUTI SEKOLAH






Cuti sekolah hari tu Nenda n anak2 bercuti ke MUAR lagi.

Waktu sarapan pagi kami ke restoran di bandar Muar, menikmati keenakan satay dan mee bandung. Emmmm...sedap !

Lepas sarapan kami pergi jalan2 kat Pantai Lika.
P tengok burung botak mcm yang ditayangkan dlm Majalah 3 tu.

Yang bestnye kat pantai tu ada taman permainan kanak2 dan menara tinjau. Ada bermacam2 jenis permainan seperti alat2 senaman.

Kalau rajin x payah pergi gim, kat situ aje dah cukup.
Tengok la tu anak2 Nenda beraksi ngan permainan2 kt situ.

Disebelah malamnya pulak kami p makan murtabak singapore.
ok la jugak sedapnya, cumanya ia dimakan dgn acar timun manakala kami di pantai timur makan murtabak ngan acar bawang.

so lain la sikit enviroment nye tu. hehe...

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem