Wednesday, September 23, 2009






Dah siap pun baju kawan syikin ni. Nenda sulamkan baju ni dengan corak pokok yang menjalar. Design ni dia yang pilih sendiri. Disamping tu Nenda tambahkan labuci warna pink bagi menaikkan warna bajunya sebab baju ni nampak kusam disebabkan warna baju tu warna hijau dan purple. Yang kat tangan pulak Nenda aturkan 3 kuntum bunga dahlia di tengah2 lengan.Tapi yang sedihnya punyalah Nenda bersengkang mata dalam bulan puasa untuk menyiapkan baju ni tup,tup dia tak bayar upah, katanya dia tak berkenan. Ya Allah dah la terawih banyak yang miss kerana nak menyiapkan bajunya deposit tak ambik pulak tu. Tapi tak apa berkat bulan puasa adalah balasan yang Allah akan berikan padanya nanti. Amin......

No comments:

Post a Comment

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem