Monday, March 29, 2010

Tempahan Utk Hari Raya dan Cuti sekolah




Nenda ingin memaklumkan iaitu tempahan jahitan manik untuk hari raya 2010 telah di buka dan masih di buka. Tempahan dari anda di alu-alukan.

Sila hantar awal untuk mengelakkan dari tempahan anda DI TOLAK !!

Bagi yang ingin bercuti bersama keluarga di Bandar Kuantan. Nenda ada menyediakan perkhidmatan 'HOMESTAY'.

Tempahan masih di buka untuk musim cuti sekolah akan datang.

BERHAJAT HUBUNGI NENDA DI:- 013-9311903 ATAU e.mail - nor_rahani@yahoo.com

Tuesday, March 23, 2010

Nenda Homestay !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Pengumuman! Pengumuman!

Untuk makluman semua , Nenda telah memulakan satu lagi perniagaan baru iaitu
'Membuka Perniagaan Homestay' di bandar Kuantan, Pahang yang dinamakan 'Nenda Homestay'.

Ianya amat sesuai untuk penginapan keluarga dan perseorangan bagi menghadiri majlis perkahwinan, konvokesyen atau majlis2 lain.

Merupakan sebuah rumah teres setingkat lot tepi terletak di 30, Lorong Chengal Lempong 17, Taman Idaman Bayu, Chengal Lempong, Jln Kuantan-Kemaman, Kuantan.

'Nenda Homestay' mempunyai 3 buah bilik tidur serta 2 buah bilik mandi dan air yg berasingan. Lengkap dilengkapi dgn perabut dan semua kelengkapan rumah spt set tv, sofa, meja makan ala jepun, peti ais, microwave, pinggan- mangkuk dll keperluan bagi sebuah rumah berkeluarga.

Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran lebih kurang 500m dari Pusat Rekreasi Pantai Peranginan Balok (sesuai untuk mandi-manda dan berkelah), Swiss Garden Hotel, De'Rhu Beach Resort, Pantai Beserah yang terkenal dengan kampong nelayan dan kereta kerbau (lebih kurang mcm kereta lembu tp ditarik oleh kerbau) , Pantai Cherating dan Bandar Kemaman, Terengganu.

Ianya juga dekat jika mahu ke Taman Tema Air Bukit Gambang, UIAM, UMP dan KIPSAS. Hanya 10 minit ke bandar Kuantan , Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kolej Komuniti dan Kolej Shahputra melalui jalan biasa atau pun Lebuhraya Kuantan By-Pass.

Kepada yang berminat untuk menginap dan maklumat selanjutnya, boleh hubungi:-

013-9311903 (Nenda)
017-9196414 (Marlina)
019-4748436 (Daraman)

atau emailkan ke:- nor_rahani@yahoo.com

Sunday, March 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY DAMIA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WE LOVE U





Dari JB Nenda balik ke Kuantan .
18 Mac, 2010 kami semua meraikan hari ulangtahun anak Nenda yang bongsu
NUR QHURRATUL AINI DAMIA yg ke 12 (dh remaja anak gadis Nenda tu ) kami meraikan majlis tersebut di sebuah restoran yang terkenal di bandar Kuantan ( New Horizon Garden Restaurant).

Wah! bukan main happy lagi dia sebab tahun lepas kami x celebrate birthday dia , pastu restoran tu pulak mainkan lagu 'happy birthday', semua orang dlm restoran tu berpaling melihat dia (em.....apa lagi dia punya senyum sampai ke pipi ) .

dah la tu macam2 hadiah pulak dia request kt kakak2 dia, anak2 sedara pun apa lagi tumpang gembira la nak tiup lilin gak.

Nenda dan suami happy sangat malam tu.

CUTI SEKOLAH





hai, salam semua. dah lama Nenda x ke udara (wah! macam DJ la pulak.
Kali ni Nenda nx cerita pasal aktiviti masa cuti sekolah baru2 ni.
Cerita pasal manik lain kali kita sembang ok. Kebetulan masa cuti sekolah ni anak Nenda yg ke 3 dpt bertukar ke Muar, Johor mengikuti suaminya (sedih gak hati ni sbb berpisah). Jadi Nenda pergi ke Johor menghantarnya.
Dia kena lapor diri kat JB. Masa kt JB sempatlah kami semua pergi kat Danga Bay yg tersohor tu sambil makan2. Malamnya kami tidur kt hotel berhampiran ngan laluan ke 2 (Gerbang Perdana) ke Singapura (tengok tu sempat lg bergambar berlatar belakangkan Pulau Singapura u....jgn marah)
Dari JB baru ke Muar. Masa kt Muar pulak kami semua pergi menikmati masakan ikan masak asam pedas kat Kampong Nelayan Parit Jawa. em.....sedap, tengokla tu anak2 Nenda berselera sekali makannya. Waktu pagi lak bersarapan, makan satay.

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem