Saturday, June 26, 2010

MY NEW PROJECT !





Baju ni sebenarnya dh lama, kosong dan berwarna kelabu.

So Nenda applykan pattern Manjalara di bahagian depan dan di kedua-dua lengan baju.

Gabungan 2 warna iaitu putih silver ngan hitam .

Tuesday, June 22, 2010

CUTI SEKOLAH






Cuti sekolah hari tu Nenda n anak2 bercuti ke MUAR lagi.

Waktu sarapan pagi kami ke restoran di bandar Muar, menikmati keenakan satay dan mee bandung. Emmmm...sedap !

Lepas sarapan kami pergi jalan2 kat Pantai Lika.
P tengok burung botak mcm yang ditayangkan dlm Majalah 3 tu.

Yang bestnye kat pantai tu ada taman permainan kanak2 dan menara tinjau. Ada bermacam2 jenis permainan seperti alat2 senaman.

Kalau rajin x payah pergi gim, kat situ aje dah cukup.
Tengok la tu anak2 Nenda beraksi ngan permainan2 kt situ.

Disebelah malamnya pulak kami p makan murtabak singapore.
ok la jugak sedapnya, cumanya ia dimakan dgn acar timun manakala kami di pantai timur makan murtabak ngan acar bawang.

so lain la sikit enviroment nye tu. hehe...

Wednesday, June 09, 2010

TERSILAP TEKAN DA.....

Salam..lama Nenda x update blog.
Utk kengkawan yg link blog Nenda kat blog mereka, Nenda mintak maaf BANYAK2 sebab Nenda terDELETE ruangan Yang Selalu Ku Intai.

Sekarang ni Nenda tgh up loadkan balik blog2 kengkawan tu..

i'm very2 sori...

Wednesday, May 26, 2010

ME...AT 50th !!


Ramai kawan-kawan kata Nenda semakin bergaya.

emmmmmmmmm Nenda rasa biasa aje..

Nenda Homestay


Cuti sekolah tak lama lagi iaitu pertengahan bulan JUN .

Untuk makluman semua NENDA HOMESTAY masih available...

(Certain date lah...)

Kalau nak boleh call Nenda untuk keterangan dan tempahan.

NENDA : 013-931 1903 (anytime / 24 hours)


*******************************************

Thursday, April 29, 2010

Come Back...



salam...mm lama rasanya Nenda tak update blog. kadang tu bukan apa bila sibuk terlupa. bila ingat waktu dah petang sibuk la nak balik pulak haha..

alhamdulillah sehingga kini kelas aerobik masih tak miss lagi. ada perubahan ( dah turun sekilo)

haha..sekilo aje????????..

anyhow, Nenda baru aje siapkan sehelai baju customer but hanya kat hujung tangan aje.
Simple design sebab customer ni x suka yg heavy2 n besar2.

so, apapun layan aje la yee

Sunday, April 18, 2010

AKTIVITI RIADAH


Di samping bekerja dan melayan minat menjahit manik. Nenda tak lupa untuk menjaga kesihatan. Bukan apa, kalau badan tak sihat macamana nak menjahit manik kan?
Setiap minggu Nenda akan mengikuti kelas aerobic sebanyak 2 x seminggu iaitu pada hari Ahad dan Khamis lepas waktu pejabat.

Ini gambar Nenda (track-sut warna merah) berposing bersama guru aerobic dan kawan2 Nenda petang semalam.

Saturday, April 10, 2010

LATEST PROJEK



Minggu ni 2 org cucu ( 4 thn sorang, 6 thn sorang)dtg tinggal ngan Nenda sbb mamanya gi kursus kat INTAN (belajar bahasa Jepun lanjutan). tp dlm kesibukan melyan kerenah mereka sempat la juga Nenda siapkan 2 helai baju customer ni(seorang doktor). Corak yg simple sbb dia x suka yg heavy2 - mungkin payah agaknya bila time nak melayan pesakit. walaupun mcm tu ada lg baju yg tgh menunggu...utk disiapkan.

Sunday, April 04, 2010

ONE OF THE MODEL OF THE YEAR 2010


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




MY LOVELY AND SWEETIES DAUGHTER

Monday, March 29, 2010

Tempahan Utk Hari Raya dan Cuti sekolah




Nenda ingin memaklumkan iaitu tempahan jahitan manik untuk hari raya 2010 telah di buka dan masih di buka. Tempahan dari anda di alu-alukan.

Sila hantar awal untuk mengelakkan dari tempahan anda DI TOLAK !!

Bagi yang ingin bercuti bersama keluarga di Bandar Kuantan. Nenda ada menyediakan perkhidmatan 'HOMESTAY'.

Tempahan masih di buka untuk musim cuti sekolah akan datang.

BERHAJAT HUBUNGI NENDA DI:- 013-9311903 ATAU e.mail - nor_rahani@yahoo.com

Tuesday, March 23, 2010

Nenda Homestay !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Pengumuman! Pengumuman!

Untuk makluman semua , Nenda telah memulakan satu lagi perniagaan baru iaitu
'Membuka Perniagaan Homestay' di bandar Kuantan, Pahang yang dinamakan 'Nenda Homestay'.

Ianya amat sesuai untuk penginapan keluarga dan perseorangan bagi menghadiri majlis perkahwinan, konvokesyen atau majlis2 lain.

Merupakan sebuah rumah teres setingkat lot tepi terletak di 30, Lorong Chengal Lempong 17, Taman Idaman Bayu, Chengal Lempong, Jln Kuantan-Kemaman, Kuantan.

'Nenda Homestay' mempunyai 3 buah bilik tidur serta 2 buah bilik mandi dan air yg berasingan. Lengkap dilengkapi dgn perabut dan semua kelengkapan rumah spt set tv, sofa, meja makan ala jepun, peti ais, microwave, pinggan- mangkuk dll keperluan bagi sebuah rumah berkeluarga.

Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran lebih kurang 500m dari Pusat Rekreasi Pantai Peranginan Balok (sesuai untuk mandi-manda dan berkelah), Swiss Garden Hotel, De'Rhu Beach Resort, Pantai Beserah yang terkenal dengan kampong nelayan dan kereta kerbau (lebih kurang mcm kereta lembu tp ditarik oleh kerbau) , Pantai Cherating dan Bandar Kemaman, Terengganu.

Ianya juga dekat jika mahu ke Taman Tema Air Bukit Gambang, UIAM, UMP dan KIPSAS. Hanya 10 minit ke bandar Kuantan , Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kolej Komuniti dan Kolej Shahputra melalui jalan biasa atau pun Lebuhraya Kuantan By-Pass.

Kepada yang berminat untuk menginap dan maklumat selanjutnya, boleh hubungi:-

013-9311903 (Nenda)
017-9196414 (Marlina)
019-4748436 (Daraman)

atau emailkan ke:- nor_rahani@yahoo.com

Sunday, March 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY DAMIA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WE LOVE U





Dari JB Nenda balik ke Kuantan .
18 Mac, 2010 kami semua meraikan hari ulangtahun anak Nenda yang bongsu
NUR QHURRATUL AINI DAMIA yg ke 12 (dh remaja anak gadis Nenda tu ) kami meraikan majlis tersebut di sebuah restoran yang terkenal di bandar Kuantan ( New Horizon Garden Restaurant).

Wah! bukan main happy lagi dia sebab tahun lepas kami x celebrate birthday dia , pastu restoran tu pulak mainkan lagu 'happy birthday', semua orang dlm restoran tu berpaling melihat dia (em.....apa lagi dia punya senyum sampai ke pipi ) .

dah la tu macam2 hadiah pulak dia request kt kakak2 dia, anak2 sedara pun apa lagi tumpang gembira la nak tiup lilin gak.

Nenda dan suami happy sangat malam tu.

CUTI SEKOLAH





hai, salam semua. dah lama Nenda x ke udara (wah! macam DJ la pulak.
Kali ni Nenda nx cerita pasal aktiviti masa cuti sekolah baru2 ni.
Cerita pasal manik lain kali kita sembang ok. Kebetulan masa cuti sekolah ni anak Nenda yg ke 3 dpt bertukar ke Muar, Johor mengikuti suaminya (sedih gak hati ni sbb berpisah). Jadi Nenda pergi ke Johor menghantarnya.
Dia kena lapor diri kat JB. Masa kt JB sempatlah kami semua pergi kat Danga Bay yg tersohor tu sambil makan2. Malamnya kami tidur kt hotel berhampiran ngan laluan ke 2 (Gerbang Perdana) ke Singapura (tengok tu sempat lg bergambar berlatar belakangkan Pulau Singapura u....jgn marah)
Dari JB baru ke Muar. Masa kt Muar pulak kami semua pergi menikmati masakan ikan masak asam pedas kat Kampong Nelayan Parit Jawa. em.....sedap, tengokla tu anak2 Nenda berselera sekali makannya. Waktu pagi lak bersarapan, makan satay.

Sunday, February 28, 2010

Kenangan Menjelma


Sedang Nenda duduk menyudahkan kerja2 pejabat,tiba2 Nenda terpandang sekeping gambar di dinding meja kerja. nak tau.......ha, inilah gambar masa Nenda n hubby pergi bercuti di Negara Jepun beberapa tahun yg lepas. Kami menjelajah keserata 2 buah pulau yg terbesar di Jepun. Bermain salji di puncak gunung di Negeri Iwate. (Gambar main salji nnt Nenda upload kemudian, ok) Yg dlm gambar ni ialah sebuah taman berhampiran dgn restoran dimana kami berhenti untuk makan mee (shoba). Selama 2 minggu Nenda berada di Negara Jepun berat badan Nenda turun sebanyak 12 kg. Jadi Nenda cakap kt hubby Nenda, kalau macam ni kena selalu la pergi melancung baru boleh turunkan berat badan. hehe...

Wednesday, February 24, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Projek Chinese New Year




Sebelum CNY Nenda telah menerima satu bungkusan pos berdaftar dari Kuantan. Siapa ya ??
Rupa2nye dari teman sekerja suami Nenda. Minta dijahitkan manik di baju anaknya untuk dipakai lepas CNY. Corak terpulang.

Disebabkan kesuntukan masa, Nenda x berani nx buat corak yg berat so Nenda applykan corak yg simple iaitu Manjalara. warna mengikut corak kainnya.

Lega hati Nenda bila tuanpunya baju gembira ngan corak tersebut n berhasrat utk hantar lagi baju pd masa akan datang...

CUTI CNY KAT KUANTAN






Hai..salam..kum. Lepas cuti CNY dan balik ke Kuantan ari tu, baru skrg Nenda berkesempatan nx update.
Seronoknye dapat balik ke rumah sendiri, sampai rasa x nx dah balik ke AS. tetapi demi tugas terpaksa la jugak. Siang malam Nenda berdoa kepada Allh S.W.T agar Nenda dapat ditukarkan ke Kuantan disamping suami tercinta. Doakan untuk Nenda ya , kawan2..

Waktu Nenda balik bercuti ni lah kami anak beranak berkumpul, Berbual-bual, menonton tv n acara paling istimewa ialah acara makan2. biasanya yg jadi tukang masak anak Nenda yg sulong. (Dia memang pakar masak ) ari tu dia masak daging salai masak lemak cili api + ubi kentang, telor dadar, ulam-ulaman n x lupa sambal tempoyak - kami org Pahang memang x lepas ngan tempoyak weh...
emmmmmmmm . tengok la tu gulai yg dihidangkan, menyelerakan sungguh hingga x terkata sedapnye.

Untuk pengetahuan semua ini lah istana Nenda di Kuantan, yang sentiasa dirindui - dgn suasana kampung, yang dikelilingi ngan pokok buah2an - durian blum berbunga lg. sekarang ni hanya suami Nenda aje dudok kat sana, sorang2. (Kesian suami ku ) Istana Nenda ni terletak di Jln Sungai Lembing (Sg. Lembing , suatu waktu dahulu terkenal dengan lombong bijih timah yg paling dalam di dunia....)

Di sini sesekali akan terdengar kenderaan lalu sayup2. Bila waktu mlm hanya terdengar bunyi cengkerik menyanyi. oh..aman nye.

Wednesday, February 10, 2010

Kerinduan Pada Kampung Halaman



hari ni Nenda nak balik ke Kuantan. rindu dh 3 minggu x balik. oh ya..utk pengetahuan kengkawan suami Nenda dh bertukar balik ke sana lebih 1 tahun. skrg ni Nenda tgh menunggu permohonan bertukar diluluskan utk Nenda menyusul dia ke sana. Dah terbayang angin laut china selatan yang bertiup lembut dan keindahan masjid negeri kami yg tersergam indah di tengah2 bandar Kuantan. emmmmmmmm

Next post nanti, Nenda uploadkan gambar2 masa kat umah Nenda di kuantan ye..

Thanks For Sign My Guestbook

My Rhythem